Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

num1

..hari ini aku pelajari sesuatu,sesuatu mengenai diriku... yg telah lama aku cari2, mgkn bg sesetengah org..

"kegagalan, markah yg kite dpt, gred yg kite perolehi terlalu PENTING... semua bekejar2 nk dpt num1.. semua org bekejar2 nk dpt dekan... ANC.. urmm.. betul, semua tu penting.. terutama pendidikan"..

dalam diam.....
kanak2 skang ni dbentuk tuk jadi DOKTOR, PEGUAM, POLIS... CIKGU??... acuan hari ini menerhadkn minda seorang kanak2 yg mgkn lbh cenderung pd minat yg len umpamanya seni ataw sastera... urmm apa yg berlaku ni nmpak remeh.. tp kalo kite pk betul2, siapa yg suka dpaksa dan d'arah2kn.. betul x? jadi, bg mereka yg hanya megikut arus ataw lbh tepat mengikut kehendak keluarga, *YAAA, mgkn mereka menjadi seorang DOKTOR ataw PEGUAM handal, tp mgkn tanpa rasa sayang dan enjoy dgn kerjaya yg mereka lalui....

kalo blh, kite xnk sistem pendidikan dan kejayaan anak2 skang ni hanya berteraskan kejayaan... sapa dpt num1 die bagus, sapa dpt markah penuh dlm stp exam, disayangi semua guru... jadi apa akan terjadi bagi yg lemah??? terus mundur? ataw spttnya stp anak itu mdpt hak sama rata.. mgkn.. bkn theori minat mereka.. mgkn bkn matematik bertaraf tinggi minat mereka... MGKN MEREKA AKAN MENJADI PELUKIS YG TERKENAL??? MGKN JGK MEREKA SEORANG CHEF HANDAL?? ATAW MUNGKIN SEORANG PENTERNAK BERJAYA... jgn kita pandang seorang penternak lembu, ayam, ikan ataupun seorang petani itu sekadar petani dan penternak.... MEREKA ADALAH USAHAWAN... =)

dorongan dan bantuan kita hari ini mgkn menjadi kekuatan dan smgt baru bg stp orang.. dan sy yakin... BILA KITA TAHU KELEMAHAN DAN KEKUATAN KITA... KITA AKAN TAHU DIMANA ARAH YG AKAN MENUJU KEJAYAAN... TAK APA JATUH SESEKALI... TAK APA MENANGIS HARI INI... PENGALAMAN HARI INI... AKAN DGUNA UNTUK TIDAK JATUH LG ESOK!!! =) apa pn bidang yg kita ceburi... mestilah dtg dr hati... ikhlas... InsyaAllah, Allah akan mudahkan dan lapangkan dada kita... amin... =D

..tp tanpa kite sedar, apa yg lbh penting ialah pengalaman dan pengajaran yg kite perolehi yg dapat merubah kite jd seSEORANG nanti... =)





Tuesday, December 14, 2010

im 22'th !!!




thanks kat adik2ku (Khairun Izzati, Alif Zainal & adik) n makabah buat suprise semalam... uhhuuhhu mekaceh for d present... lov uolllllss!!! buat kowg yg wish kat phone, blog and of course here.. thanks a zillionss times ouuullss!! sayang kowg!!! buat d... **thanks jgk** =)


p/s: dEar................ nk mr patrick leh x???? *nada menguda.. ahaksaa =P*


Sunday, December 12, 2010

12 things that prove how much u love him



p/s: aderrrr????? ape2 aje~~ ahaksss




Friday, December 10, 2010

jgn GIV'UP nisa...





Yaa Allah...
kuatkanlah semangatku..
kau teguhkanlah imanku..
kau peliharalah akal dan fikiran ku..
aku mohon padamu Ya Allah..

kembalikanlah semangatku yang dulu..
aku mohon ihsan dan inayah mu..
kau lapangkanlah dada..
kau bersihkanlah hatiku..
aku mohon...
aku mohon Ya Allah..

*..jgn kau putus asa nisa... kegagalan hari ini hanyalah titik mula untuk kejayaan yang akan datang... jgn lemah semangat.. kau mampu bangkit semula.. kuatkan semangat ya sayang..* AMIN



p/s: tgk dia... kalau dia boleh... KAU PUN BOLEH!! insyaAllah


Thursday, November 11, 2010

Alex "Flowerpot"




dear...
watch this...


faraway, faraway, faraway
you're going somewhere far away
how must i stop these falling tears
from the very start
you stole my heart
and made me suffer from an illness
i couldn't recover from...



Thursday, November 4, 2010

Perfect Two by Auburn


p/s: (hhuhuuhhu... kali ni p/s kat ateh lak naaa...) this song speacially dedicated to my prince.. ^_^"



*** luv u dEar ***





Friday, October 29, 2010

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



For The Rest Of My Life ... by maher zain






"I just close my eyes because I might see your face. I just close my mouth because I might hear your voice. I just close my ears because I might hear of you, but I could not close my heart because I love you."




"For yesterday's memories, today's love, and tomorrow's dreams I love you."

*exam fever*



huarghhhhhhhhhhhhh...

sesangattttt la bznya ujong2 sem ni... ritu terkejar2 kne siapkn sume keje... project lg... asgment.. test... hishhhh kalo senaraikan laaa penuh lak blog ni nti ngan entry yg ni saja..

urmmm.. papepn, alhamdulillah... sumanya dah satle.. tingal nk ngadap buku yg menimbun ni nk final plak... arini 29 okt 2010.. kami dah satle jwb paper antenna... hopefully ok la kan?? ok... nk sambung rest.. esok nk kne start study blk ni, 3 nov ade paper qmt plak... hukhuk...


Tuesday, October 12, 2010

Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu


Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.



Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.



“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.



“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.



“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..



‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”



“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”



“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”



“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”



“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”



“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”



“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”



“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.



“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.



Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

(ps:dpt artikel ni kat facebook....sgt menyentuh hati...wantit to be in my story book)



p/s: urmmmm sgt sedeh... cm terkena btg idung sndri... suka sgt curiga2... jadikan cerita ni sbg pengajaran... LUV U dEar~~~


Tuesday, October 5, 2010

KU INGIN SELAMANYA by UNGU

Lirik kuingin Selamanya

By: Ungu

Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Reff:
Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Back to Reff

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s’luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s’luruh kasih dan sayangku

Back to Reff



as a love grows --<--@

uhuksss...

blooming... glooming... blushing~~ ^_^




Saturday, October 2, 2010

cinta maya

kata orang... jauh dimata dekat dihati... uhuhuuhuh... kami jgk mcm tu.. cuma syukur ada webcam zaman gemilang sekarang ni kan? huhuhuhu... dapat jugak megubat rindu didada melihat dEar yg jauh dimata... huuhuhu...



p/s:
MOOD: skema~
APPEARENCE: senyum sokmo~

huhuhuhu.. thanks dEar~~~

Tuesday, September 21, 2010

down down down~~~




sejak4tahunakubelajard'universitiinikalipertamaakurasasgtdownurmmmbukanxpenahakurasadownorsedehtpinidownsbbbelajarsehakusedehsgtbilasesetengahhalbuatkitarasaterlalurendahdiri..akutahuakutidaklahpandaimcmmerekaakutidaksebagusmerekatp,kalopasalkerjaselagiakubolehbuatakuakanbuattpmcmmanenkwatkaloadamasalahteknikalMYLAPPYmasukkkwaduwaaaaaaaaaa~~kaloblhakunamosshknowglenurmmm=(tpnapemereka2nixphmkeadaanme?urmmmsedehhhhhhhsgtharinijaakaloxsilapdalbh5kalikunanges...

urmmm...
YA ALLAH.. andai ini ujian mu terhadapku, aku redha... berikanlah aku jalan.. tenangknlah hatiku, kuatkan smgt ku untuk melalui dugaan mu ini.. kuatkan smgtku untuk terus belajar... lapangkan dada2 kami agar mudah ilmu untuk masuk... AKU MOHON YA ALLAH... AKU MOHON...


P/S: saje gatai tulis cmtu.... kekekekeke... xde kija cari kija!! =P


Wednesday, August 18, 2010

musim ujan ke skang??

uhuuhhuuh... musim ujan??

hahaahha.. bukan ujan yg itu laaa... me yg ujan!! uwaaaaa... slalu sangat nanges2 ni.. aduhaiii... selalu sgt sebak2 ni... hukhukhuk T_T.. perit juga nk ketepikan rasa sedeh dlm khidupan sharian.. bukan sng nk senyum dlm tangisan... cehhhwahhh.. huhuuh.. (cuba nk positifkan diri (^^) )






Ya Illahi..
ringankanlah beban yang kami tanggung..
permudahkanlah laluan kami..
tenangkanlah hati2 kami...

Ramadhan..
bulan rahmatMu..
anugerahkanlah nikmat iman dan hidayah Mu..
tenangkanlah hati2 hambaMu ini...
tunjukkan kami jalan keredhaanMu...

setiap titis airmata yang mengalir..
membuatkanku lebih tabah...
medekatkan diriku padaMu..


p/s: T_T.. cry... cry.. n cry... sabaq nisa sabaq... dugaan buat yg berhak.. kau mampu tanggung.. insyaAllah.. =)

Monday, August 16, 2010

432 000 saat berlalu..

hari ni genap 5 hari @ 120 jam @ 7200 minit @ 432000 saat .. xda khabar, xda msg or suara... dari dEar.... hurmm...

xtaw nk describe rasa hati skang ni... nk sedeh2.. or nanges2 bria pn xguna.. *cm xmatang jer kan* hukhukhuk... BUKAN CARA AKU!... =) mmg laa spe yg xsdeh or rindu bila org yg kita syg dah lama xdgr sore... khabar pn xda... sehat ke idak ke... urmmm... *muga Allah berinya kesihatan*
...tp...
berfikir secara matuarednyerr... dEar kan ssh kat sana tuk masa depan jgk kn... mgkn itu pengorbanan yg dituntut padaku kn.. *tabahkan hatiku Ya Illahi* .... tp.. kadang2 jatuh jgk air mata ni... yelah bila masalah dan rasa rindu xtertangung dek badan.. kne la nanges gak kn.. **percaya ataw x... tem ku write this post.. ku leh senyum lgik.. GILLER TABAH kan?? .. kkekkeke**

aku paham... dEar kat sana pun rasa bende yg sama yg aku rasa... hukhukhuk.. kan syg kan?? =P tp, dlm menempuh dugaan skang.. aku kne sabar + tabah + kuat smgt + ceria + rasional + matuared + jgn pk bukan2 + jgn nanges2.. hahahah yg ptg... mesti ingat Allah slalu.... *tenangkn dan lapangkan lah hati2 kami Ya Allah.... aminn*





p/s: to my dEar... me phm dan me cuba hadapi dugaan Illahi ke atas kita ni dgn redha dan tabah.. me hope u will b ok dsana... JARAK TIDAK MENJAUHKAN MANUSIA.. TETAPI HATI YANG AKAN MENJAUHKAN MANUSIA ANDAI DIA MEMILIH UNTUK MENJARAKKANNYA... =D


Sunday, August 8, 2010

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

cinta

husna:

cinta adalah kekuatan
yang mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta


anna althafunnisa:

sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keterangan ku sendiri

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena
begitu tergesa-gesa menuliskannya

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tidak berdaya
bagai keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dan percintaan



p/s: petikan daripada filem "KETIKA CINTAKU BERTASBIH".. Ya ALLAH... aku jatuh hati akan CINTAMU... kurniakanlah cinta yg ABADI buat hamba-hambamu... agar kami bisa merasakan nikmat cinta padamu... nikmat cinta insani... amin...



Monday, August 2, 2010

Permata Yang Dicari






Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)


Thursday, July 29, 2010

rindu ker??

urmmm... rindu ka??




uwaaaaaaaa~~ RINDU MAAA!!! tuhan jer taw pe rasa ati nie.... dah laahhh da lame xjumpe... pastu lepas satu... satu cara berhubung berkurang... urmmm.. dah la buah hati jauhhhhhh disana... duk oversea (kekeek singapore je pun) .. budget mahal seh nk cntc selalu... tp kalo rindu nk dngar sore cmner nk wat.. kne gak call kn?? blh lak bru2 ni bru dpt taw... kalo kite call dr MSIA <-> SPORE.. org spore nyer kdt pon kne potong!!! UWAAA~~ x adilllll!!! hukhukhuk....

p/s: nti me nk wat antena and line sdrik!!! xkira!! *mentang2 blajo electric communication* akkakakakaak... mne taw kn?? kot2 nti leh jd~~ =D

to my dEar: miss u so much!!

Sunday, July 25, 2010

bilaa.... dia sudah tiada~~

uwaaaaaaaaaaa~~

sdehnyaaaaaa... bila my dEar nyer i-pod ilang~~~ uwaaa.. sdeh sgt... bkn sbb harga nya... memory dlm tuh lbh bhargaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... T_T





spe yg mek pulangknlah blk... urmmm...

Friday, July 16, 2010

wanita



seorang wanita umpama sekuntum bunga ditaman
segar mewangi dipelusuk dunia
setulus kasih sesuci embun
lembut wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sikap keibuannya
tanpa wanita lelaki lemah
kerana wanita lelaki kalah


p/s: ambil dr sorg rakan... manis jika dikongsi... untuk seorg lelaki, inilah sbb anda ptt mhargai wanita2 dlm hidup anda~ =D


Journey - FaithFully lyrics

100th entries + faithfully = meaningful


**HAPPY 100th ENTRIES**



puasla aku pk nk buh entry pe tuk the 100th entries kn?? sumthg special and meaningfull... smpaikan smlm my MR wat ku terharu~~ uwaaaaaaaa ... dia kasi lagu ni khas for me katanya... yes, lagu ni mmg best.. jadi... inilah entry yg special, special for me and specialy dedicated for him... thanks dEaR.. =D

************************************************

Artist : Journey
Title : Faithfully
-----------------
Highway run
Into the midnight sun
Wheels go 'round and 'round
You're on my mind
Restless hearts
Sleep alone tonight
Sendin' all my love
Along the wire

They say that the road ain't no place to start a family
Right down the line it's been you and me
And lovin' a music man ain't always what it's supposed to be
Oh girl, you stand by me
I'm forever yours
Faithfully

Circus life
Under the big top world
We all need the clowns
To make us smile
Through space and time
Always another show
Wondering where I am
Lost without you

And being apart ain't easy on this love affair
Two strangers learn to fall in love again
I get the joy of rediscovering you
Oh girl, you stand by me
I'm forever yours
Faithfully

Whoa, whoa, faithfully
I'm still yours
Ever yours
Faithfully






Friday, June 25, 2010

angah's first BIG step


"
EXCELLENT START WITH SINGLE STEP"




esok 26 jun 2010... hari pertama angah bergelar mahasiswi... TAHNIAH ANGAH!!!.. =)


mesti nebes kn??? hhuhuhu.. dont worry dear.. u will be ok there... yang plg ptg.. ini dah jadi permulaan tuk jadi lbh dewasa... belajar tuk kejar cita2 as A DENTIST insyaAllah... amin... dan jgk belajar tuk jadi insan yg berguna dan membanggakan mak abah..





ngat..
# jgn mudah patah semangat..
# jgn mudah menyerah kalah *i know u wont!! =)

# jgn rendah diri sgt... sume org sama.. dan ada matlamat dan pengalaman msg2..

# pandai2 ler cari jln pulang yer... huahahahahahha.. =P



yg len2 along xriso.. sbb i know u can do it... selalu ngat kat ALLAH, mak abah, dan family... DEAN list yaa!!! =D.. amin......

H.E.A.D.A.C.H.E.!!!






uwaaaaaaaaaaa..... saketnyer paler~~ hukhukhuk.... T_T

dua tiga arini... aku xtaw npe ku saket paler, besenye mesti aku kaitkan ngan stress blaja.. tp ni duk umah lerrr.. *pe kejadahnyer nk streess plak kn?? hahahahah...

tp seriusly kdg2 aku rase tegang kat satu kepala... lbh2 lg kat leher.. sbb pe yerrkk?? urmmm... tapi ku malas nk layan sangat sakit paler ni... ku xnk sampai ketagih ubat nti.. lgpn dlu ku dah penat mkn ubat.. tp xbek jgk kn?? =(

ase2 kn...... leh ker migrain ni jd cancer?? sbnrnye ku riso gak.. sbb sjak akhir2 nie.. ku slalu kebas2, then slalu ilang keseimbangan... ade skali tu nyaris x terlanggar dinding jer... hahahah kelakar kan?? aku ase jln cm straight tp xtaw cmnerlahhh cm tersungkur jd nya... hahahah.. =)

Thursday, June 24, 2010

jawapan untuk setiap orang yang kecewa

Pernahkah kita jadi seperti ini?? Saya kongsi notes ini untuk renungan bersam sbb saya selalu tertanya jwpn pd persoalan saya..


1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:
Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216



3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286



4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-Surah Al-Imran ayat 139



5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).



6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-Surah Al-Baqarah ayat 45



7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
-Surah At-Taubah ayat 111



8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129



9. KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB:
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-Surah Yusuf ayat 87


p/s: notes kat atas ni ku mek dr on of my frens, beguna kan??? urmmmm... masalah datang tuk kita selesaikan... setiap yg berlaku sumenye jd pengalaman tuk kita jd better person.. tuk kita belajar erti hidup.. untuk kita taw nilai pengorbanan, penat lelah dan air mata... so, DON'T EVA GIV'UP YAAA?? Dia punca ketenangan hati kita... sentiasa cari Dia... dan kita akan temui cahaya dan jalan keluar... amin.... =)


Wednesday, June 23, 2010

wishing list

huuhhuuh... seumur hidupku, xpenah aku terpikirkan nk wat wish list ni.... tp semenjak dua menjak tiga menjak duk kat umah keboringan ni.... ku pn berangan la xsudah... hahahah.. cm pelek je kan?? ok... lets see....

1- kalo blh aku nk afford sum stuff yg agak perlu tuk daily life before umo aku cecah 28... (examples : car, or maybe a house... tu pn aku ade budget laaa~~)

2- aku tingin sgt nk wedding yg aku blh atur sume sndri.. ekot citarasa ku... hahahahah (kalo berangan... jgn ckp laaa.... mcm2 yg ku nk... tp.. kalo ikot rasional... yg meriah tapi x membazir sgt laaa... ** tp dear... nk jgk yg meriah2.. ahaksss)

3- aku tingin nk mek gamba kawen kat atas SYDNEY HARBOUR BRIDGE.... (<--- ni cm xblh jer kn??? huuhuh... bgkan atas bridge tu... such a beatiful view.. pakai gaun.. with my luv one plak tu.... ahhahahha... **nisa!! nisa!! wake up!! jgn berangan lagi!! kekkekeke)





cantek kan???? huuhhuhu~~~

p/s: dear.... kalo xblh nk nek atas pn... mek gamba dr bwh leh x??? hahahahah =P